Bukit Panorama

9:54 AM

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama, berabad-abad baru hari ini aku ada kesempatan untuk "mengupdate" blog yang telah lama ditinggalkan. Syuuuhhh,vaccum habuk, sawang, sental karat kt blog ni..
Fuuuuuuuuhhh,penat den..hahaha

 Seperti yang dirancang, aku dan member bertolak ke Kuantan bersama-sama menaiki dua buah kereta. Kitorang bermalam di Kuantan dan merancang akan bertolak ke Bukit Panorama 5.30 AM..  kononnya la, akhirnya lambat sedikit kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. kata nak tengok matahari terbit kan? sempat x ? Jom kita tengok dan terokai gambar di bawah..hehhe

Treckking menggunakan tangga, tapi disarankan trekking menggunakan jalan tanah supaya dapat mengurangkan kepenatan.. Tabbbikk dengan warga tua cina yang masih kuat naik tangga yang tinggi..hahha

The Winner, Yuhyi and epi .. mengambil masa 20 minit untuk naik bukit.. Tahniah !! sila tuntut hadiah anda kepada pihak penganjur *john* winkkkk !!

First couple yang sampai.. Sheikh dgn pasangan
The second place tuan punya blog and wani.. mgmbl masa 30 minit untuk tiba selepas epi n yuhyi..
Matahari terbit !



Muka happy sampai ke puncak !
posing sebelum turun semula !  John yg berbaju hitam dua dari kanan penganjur trekking kali ini..heheh


melepaskan kepenatan selepas turun dari bukit, fuuuh penat !!! menggeletar kepala lutut ..hehehe


mandi di Pancing,Kuantan selepas trekking...best sejuuuukkk!!



 Kepada sesiapa yang hobinya trekking macm aku n my friendz bolehla  cuba pergi Bukit panorama, Sungai lembing.. Tak perlu risau, tiada bayaran (free of charges je) dan boleh menikmati pemandangan matahari terbit.. Ada yang sanggup naik bukit jam 3 AM semata-mata nak menikmati pemandangan pagi yang indah.. Selepas lepak-lepak di Kuantan kiteorang bertolak balik ke Jengka.

Note: nantikan sambungan trip percutian mingguan OK!

Thanks for reading this entry !


You Might Also Like

0 budak comel (^^)

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers