Bila nk kawen?

6:57 PM

Assalamualaikum..



Jodoh tiada kaitan dengan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita untuk sampai ke destinasi. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.


Cuba tanya kat kawan-kawan, sape yang nk kawen? semua nak kan ?? sebab alam perkahwinan ni lebih membahagiakan berbanding alam percintaan.. Nak tahu kenapa?? sebab ikatan perkahwinan nie suci dan tidak ada halangan pergaulan antara suami dan isteri..(=_=)


Bila nak kawen? Jawapannya, I.Allah..(padahal xde calon lagi).. sebab aku tahu Allah telah menciptakan manusia berpasang-pasangan dan jodoh kita sudah tertulis di Luh MAhfuz .. Ayah dan Ummi salu pesan kat aku n adik-beradik ..


Ayah : Kawen bukan untuk hawa nafsu, bukan kerana rupa paras yang cantik dan kacak dan kawen       juga bukan kerana pangkat dan harta.. Sebab ciri - ciri ini hanya sementara dan pinjaman dari Allah S.W.T. Tapi kawen lah dia kerana agamanya.. Kerana agama yang akan kekal sampai bila-bila tidak kira di dunia dan akhirat.. Ayah pesan kat abang dan adik laki-laki "jangan kawen selagi tidak mampu menjadi Imam kepada isteri dan anak-anak dan tidak mampu mengajar bacaan Al-Quran kepada mereka".


Ummi : Rahsia perkahwinan aman damai bermula dari dalam diri kita. kita yang mencorakkan warna dalam rumah tangga.. Kalau rasa diri dah bertanggungjawab kawenla anakku.. Ummi juga salu pesan " sekiranya hendak berkahwin jangan kawen dengan si isteri / suami sahaja.. Tapi. kawen lah dengan family si isteri/suami".. ( maksudnya: kalau nk kawen jangan membelakangkan family terutama IBU kerana restu Ibu membawa kebahagiaan kepada kita..kalau ibu x setuju mungkin dia tahu apa yang terbaik untuk anak-anaknya ).


Ummi dan ayah mestilah hendak yang terbaik untuk anak-anaknya.. Ayah pesan begitu kerana seorang LELAKI yang mampu menjadi seorang IMAM dan mampu mangajar anak-anaknya bacaan Al-Quran adalah seorang lebih bertanggungjawab.. ( bukan orang tak mampu menjadi imam tak bertanggungjawab tapi yang jadi imam "lebih"..). Tak jadi Imam untuk orang lain tak apa, at least untuk isteri dan anak-anak..


p/s : Kite selalu berdoa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik tetapi adakah kite pernah cuba untuk    menjadi yang lebih baik di sisi Allah..


You Might Also Like

1 budak comel (^^)

  1. owh awak dah masukkan dah terima kasih ya (^_^)

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers