Resepi apam senyum =) !

4:09 PM

Assalamualaikum..

Mesti pelik dengan nama apam senyum kan ? Nama sebenar apam senyum ni apam soda . aku je yang suka suki panggil apam senyum sebab apam ni senyum time dah masak dan paling penting, time buat apam nie mesti senyum dengan lebar ya ! Jangan sengih tapi senyum . Meh, nak ajar buat apam senyum .


Bahan - bahanya :
360 gm tepung gandum
360 gm gula
200 ml air krim soda
3 biji telur
1 sudu kecil esen ros
1/2 sudu pewarna pink ( tapi aku tukarkan dengan sirap ros )
Sedikit ovelate
Cawan kertas
 
Cara - cara membuatnya :
  1. Pukul telur hingga kembang ( jangan pukul guna buku lima korang ya ! )
  2. Masukkan 360 gm gula, dan pukul hingga gula hancur ( boleh kurangkan gula sekiranya hendak kurang manis, tapi jangan kurang senyuman anda ya ! )
  3. Masukkan 200 ml air krim soda
  4. Masukkan 360 gm tepung gandum
  5. Lastly, bahagi kepada dua bahagian ( bahagian 1: kekalkan warna putih , bahagian 2 : masukkan esen ros dan pewarna pink )
  6. Kukus selama 15 minit.

Ini hasilnya :

 Nampak tak apam ni senyum =)



Maafla ye, gambar kurang memuaskan . Resepi apam ni mudah , senang dan kos yang murah . Boleh dibuat untuk minum petang dengan air teh panas . sooooodappp ! Paling penting senyum ye masa buat apam ni . Korang boleh bubuh pewarna yang korang suka untuk bahagian putih ye . hehhe . Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat hari Raya aidiladha .

Selamat Mencuba .

Wassalam .





You Might Also Like

0 budak comel (^^)

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

Daisypath Anniversary tickers