Assalamualaikum..
Mesti pelik dengan nama apam senyum kan ? Nama sebenar apam senyum ni apam soda . aku je yang suka suki panggil apam senyum sebab apam ni senyum time dah masak dan paling penting, time buat apam nie mesti senyum dengan lebar ya ! Jangan sengih tapi senyum . Meh, nak ajar buat apam senyum .
Bahan - bahanya :
360 gm tepung gandum
360 gm gula
200 ml air krim soda
3 biji telur
1 sudu kecil esen ros
1/2 sudu pewarna pink ( tapi aku tukarkan dengan sirap ros )
Sedikit ovelate
Cawan kertas
Cara - cara membuatnya :
- Pukul telur hingga kembang ( jangan pukul guna buku lima korang ya ! )
- Masukkan 360 gm gula, dan pukul hingga gula hancur ( boleh kurangkan gula sekiranya hendak kurang manis, tapi jangan kurang senyuman anda ya ! )
- Masukkan 200 ml air krim soda
- Masukkan 360 gm tepung gandum
- Lastly, bahagi kepada dua bahagian ( bahagian 1: kekalkan warna putih , bahagian 2 : masukkan esen ros dan pewarna pink )
- Kukus selama 15 minit.
Ini hasilnya :
Nampak tak apam ni senyum =) |
Maafla ye, gambar kurang memuaskan . Resepi apam ni mudah , senang dan kos yang murah . Boleh dibuat untuk minum petang dengan air teh panas . sooooodappp ! Paling penting senyum ye masa buat apam ni . Korang boleh bubuh pewarna yang korang suka untuk bahagian putih ye . hehhe . Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat hari Raya aidiladha .
Selamat Mencuba .
Wassalam .